Carian

Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3

>> Thursday, October 21, 2010

Hari Pertama
Tarikh : 18 Oktober 2010
Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru

Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi ketigatela h berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 41 orang. Peserta terdiri dari kalangan pelajar dan guru sekoleh berkenaan. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.







Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan.


Hari Kedua
Tarikh : 18 Oktober 2010

Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru

Hari kedua bersambung dengan bengkel membina blog yang disampaikan oleh Puan Rahimawati dari PID Simpang Empat. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan Iron ICT yang merangkumi 5K iaitu Kepintaran, Kerjasama, Kecekapan, Kreativiti, Kepantasan dan Kerjasama. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.




Read more...

Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 2

>> Monday, October 11, 2010

Hari Pertama 8 Oktober 2010
Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.


Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi kedua telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada usahawan, guru, kakitangan KEMAS, pelajar dan belia. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.







Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Sesi terakhir hari pertama diteruskan dengan sesi keusahawanan yang disampaian oleh Puan Siti Huraizah Abd Rahman, Pengurus PID Balik Pulau. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan. Hasil perbincangan berkumpulan akan dipersembahkan pada perjumpaan hari kedua.

Hari Kedua 9 Oktober 2010

Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.



Bengkel hari kedua sesi kedua bersambung dengan sesi pembentangan hasil kerja berkumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan masing-masing dengan persembahan yang menarik. Setiap aktiviti berkumpulan dinilai dan diberi markah bagi menentukan pemenang. Selesai sesi pembentangan sesi seterusnya adalah sesi membina DST. Bagi menjimatkan masa sesi DST telah dijalankan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan menghasilkan sebuah DST hasil dari persmbahan awal tadi. Dalam sesi petang pula dimulakan dengan persembahan DST yang telah dihasilkan oleh peserta. Seterusnya sesi disambung dengan bengkel membina Blog yang telah diselia oleh Puan Siti Rahmah Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan e-explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.


Read more...

Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 1

>> Saturday, September 11, 2010


Perjalanan Bengkel

Hari Pertama
3 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.

Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi pertama telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 39 orang daripada 44 orang yang mendaftar awal. Pun begitu hakikat sebenar peserta yang ingin mengikuti bengkel ini jauh laebih ramai dimana seramai lebih 30 orang peserta lagi terpaksa ditolak bagi mengikuti bengkel pertama ini kerana telah melebihi kapasiti yang disediakan iaitu untuk 40 orang peserta sahaja. Memandangkan adanya permintaan untuk mereka yang tidak dapat hadir untuk sesi ini, pihak penganjur akan sekali lagi mengadakan bengkel ini untuk sesi yang kedua kelak.
Sesi Pendaftaran
Barisan Fasilitator
Kesibukan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri tidak sedikit pun mengganggu perjalanan bengkel ini kerana peserta yang hadir memperlihatkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk mendalami ilmu yang diajarkan apatah lagi peluang yang diberikan ini adalah percuma dan sukar diperolehi pada masa lain. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri dari kalangan pelajar, guru, lepasan sekolah, belia, wanita, usahawan dan petani. Kepelbagaian peserta ini telah memberi satu semangat kepada jurulatih serta fasilitator yang terdiri dari Pengurus dan Penolong Pengurus PID Zon Utara untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada peserta. Ia diketuai oleh Cik Siti Fatimah binti Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang dengan dibantu Encik Shahiran bin Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang serta beberapa fasilitator terdiri dari En. Muhamad Razi bin Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam, En. Hamizam bin Sahimi, Pengurus PID Yan, En. Mohd Faizan bin Mahmood, Pengurus PID Kupang, Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman, Pengurus PID Balik Pulau, Rozita binti Othman, Pengurus PID Tasik Gelugor, Puan Siti Rahmah binti Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan, Puan Hanni Najwa binti Halim, Penolong Pengurus PID Tasik Gelugor dan Sarina binti Ishak, Penolong Pengurus PID Balik Pulau.
VIP yang Had
Ucapan Aluan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh DO
Penyampaian Cenderahati
Bengkel Multimedia Kreatif ini telah dirasmikan oleh Encik A. Rahman Zainol, Pegawai Daerah Yan. Turut hadir adalah Tuan Haji Pamim bin Paieman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkasuka, En Mohd Shukri, Penghulu Mukim Yan Merangkap Pengerusi PID Yan dan En Faidhan wakil dari MSC Malaysia. Turut hadir adalah En Andi Suswandi dari MSC Malaysia yang hadir membuat pemantauan semasa bengkel berlangsung.
Sesi Latihan
Nyanyian Negaraku
Taklimat Bengkel
Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah membina blog dimana setiap peserta diberi tunjuk ajar untuk membina blog masing-masing. Selesai modul blog mereka diajar pula modul audacity iaitu latihan bagi membuat rekod audio dan muzik. Seterusnya peserta mengikuti pula modul photoscape iaitu latihan mengubahsuai gambar. Bengkel hari pertama telah berjaya diselesaikan pada jam 5.00 petang yang bermula dari jam 9.00 pagi lagi.

Peserta Bengkel
Paan turut membantu
Rakaman Suara
Membantu Peserta
Penerangan Fasi
Bersama En Andi dari MSC

Hari Kedua
4 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.

Bagi hari kedua pula sesi bengkel diteruskan dengan modul membina DST. Para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil dan diminta menghasilkan sebuah jalan cerita didalam kertas dan seterusnya membentangkan hasil kerja mereka. Para peserta memperlihatkan kesungguhan dengan memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan masing-masing dalam menghasilkan tugasan yang diberikan.

Aktiviti Berkumpulan
Menyediakan tugasan
Menghasilkan jalan Cerita

Perbincangan

Read more...

Bengkel Latihan Jurulatih 2010

>> Saturday, August 7, 2010







Read more...

Keputusan Pemenang

>> Monday, February 22, 2010

Berita dari blog Karnival Usahawan & ICT

Cyberjaya, 8 Februari 2009. Majlis penutup Karnival Usahawan & ICT 2009 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menandakan satu lembaran baru kepada lebih banyak usaha konstruktif dalam merapatkan jurang digital dan mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Jutaan tahniah diucapkan kepada pemenang Karnival Usahawan dan ICT diantaranya adalah :
Medan Infodesa (MID) Felda Jerangau, Terengganu yang telah diiktiraf sebagai Juara Pelaksana Terbaik Karnival Usahawan & ICT 2009 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5000, sijil dan hamper.
Naib johan disandang oleh Pusat Internet Desa,ITU-UUM Bukit Kayu Hitam, Kedah. Pasukan ini turut memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3000, sijil dan hamper.
Tempat ketiga dimenangi oleh Pusat Internet Komuniti (P1) Chini Timur, Pahang dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1500, sijil dan hamper.

Karnival ini bertujuan meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam aktiviti harian komuniti luar bandar, menggalakkan perkhidmatan dan aplikasi kandungan tempatan serta melahirkan lebih ramai usahawan teknologi di kalangan masyarakat luar bandar.

Karnival Usahawan & ICT MSC Malaysia secara tidak langsung telah menjadi ejen penjana yang memfasiliti penyertaan komuniti dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh telcenter. Pada masa yang sama rangkaian telecenter dan ketua-ketua tempatan juga telah menunjukkan komitmen tinggi dalam pelbagai kerjasama yang telah terbina sepanjang berlangsungnya keenam-enam karnival oleh kesemua pemenang.

Read more...

Terkini Berkenaan Karnival

>> Monday, January 4, 2010

Untuk sebarang maklumat terkini berkenaan Karnival boleh klik pada Butang Semasa Karnival di atas atau klik disini

Read more...

Gambar Aktiviti


Read more...

Majlis Bacaan Doa

Satu majlis bacaan doa telah diadakan bagi memohon kepada yang Esa agar program yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar. Majlis diadakan di Dewan Mesyuarat Felda Bukit Tanga pada jam 3.00 petang pada 10.12.2009 yang dihadiri oleh AJK Karnival. Bacaan doa diketuai oleh En. Mohd Nor Hasimi b Md Isa.




Read more...

Hubungi :

Urusetia
Karnival Usahawan & ICT
Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam
Kem. Penerangan Komunikasi & Kebudayaan
JKR 351 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam
06050 Kedah

Tel/Fax : 04-9222003

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP